Rabu, 17 Jun 2020

TUJUAN RASULULLAH SAW DIUTUS

TUJUAN RASULULLAH SAW DIUTUS

TUJUAN RASULULLAH SAW DIUTUS

Firman Allah swt:


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

 

“Tidaklah kami mengutus kamu selain sebagai rahmat bagi semesta alam”
[ TMQ Al Anbiyaa'(21) : 107]

,هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ

 

 عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, meskipun orang-orang musyrik membencinya.”
[TMQ Ash Shaff (21) : 9]

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ

 

عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

 

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya(dengan membawa) petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”.
[TMQ At Taubah(9):33]

Ayat-ayat di atas menerangkan kepada kita dengan jelas bahawa Allah swt telah mengutus Muhammad saw sebagai Rasul-Nya yang terakhir dengan membawa petunjuk yang merupakan Deenul Haq, mengatasi kesemua ajaran batil yang lain. Rasulullah saw melaksanakan tugas dakwahnya dengan berpandukan kepada wahyu. Jika kita mengharapkan kejayaan sepertimana yang telah dicapai oleh Rasulullah saw, maka pilihan yang ada hanyalah dengan memahami thariqah Rasulullah saw dan menjadikannya sebagai rujukan utama dan idola di dalam kehidupan kita.

Nabi saw menyeru kepada umat manusia keseluruhannya dan mengajak mereka untuk menerima kekuasaan Allah swt. tanpa menyekutukanNya dalam apa-apa bentuk sekalipun. Rasulullah saw telah memperuntukkan sebahagian besar hayatnya untuk menghapuskan kekufuran dan menegakkan agama Allah secara menyeluruh. Rasulullah saw telah membuktikannya melalui penubuhan negara Islam yang pertama di Madinah. Bahkan baginda tidak pernah berhenti dan usaha tersebut diteruskan oleh para sahabat dan para tabi’in sehingga hampir dua pertiga dunia tunduk kepada kedaulatan hukum Allah swt.

HUKUM MENGIKUTI PERBUATAN RASULULLAH

Setiap perbuatan Rasulullah saw mengandungi perintah (thalab) baginda terhadap perbuatan tersebut. Perbuatan tersebut tidak menunjukkan makna wajib, sunah atau mubah. Hanya melalui indikasi (qarinah) tertentu dapat dipastikan samada perbuatan baginda saw tersebut membawa status wajib, sunah ataukah mubah. Kerana itulah, hukum asal perbuatan baginda saw hanya menunjukkan adanya perintah (thalab), bukan yang lain. Kemudian, qarinahlah yang menentukan status perbuatan tersebut samada wajib, sunah atau mubah. Terdapat dua aspek yang berkaitan dengan perbuatan Rasulullah saw. Aspek pertama adalah yang berkaitan dengan hukum mengikuti perbuatan baginda (hukmu al-ittiba’). Di dalam aspek ini, setiap muslim wajib menjadikan Rasulullah saw sebagai rujukan ketika melaksanakan suatu perbuatan. Aspek kedua ialah hukum melaksanakan perbuatan baginda (al-qiyam bihi). Di dalam aspek ini pula, status setiap perbuatan itu mesti ditentukan melalui indikasi yang terdapat di dalamnya; iaitu samada ianya adalah termasuk di dalam perkara wajib, sunah ataupun mubah.

Di dalam kitab-kitab sirah nabawiyah, kita akan mendapati bahawa sebahagian besar isi kandungannya adalah berkaitan dengan perjuangan Rasulullah saw dalam menegakkan hukum Allah swt di muka bumi ini. Perjuangan yang ditempuh oleh Rasulullah saw di dalam mengembangkan dakwah Islam dan mendirikan negara mempunyai kaedah (thareqah) tertentu dan dilakukan secara berterusan tanpa henti. Ini menunjukkan kepada kita bahawa tanggungjawab untuk mengembang dakwah dan mendirikan negara Islam tidak boleh dinafikan dan ditinggalkan oleh mana-mana individu muslim.

MENEGAKKAN NEGARA ISLAM YANG PERTAMA

Setelah mengkaji sirah secara terperinci, kita akan mendapati bahawa titik bermulanya Islam tersebar ke seluruh dunia adalah melalui kekuatan sebuah negara. Rasulullah saw berjaya membuka kota Mekah dan berjaya mewujudkan rasa gerun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia ketika itu, iaitu Rom dan Parsi. Melalui sirah Rasulullah saw juga, kita akan dapati bahawa perjuangan yang dilalui oleh Rasulullah saw bukanlah suatu kebetulan, akan tetapi ianya telah dirancang dengan teliti melalui petunjuk daripada Allah swt. Perjuangan Rasulullah saw menubuhkan negara Islam dapat dibahagikan kepada tiga tahap di mana tahap sebelumnya menjadi prasyarat kepada tahap kemudiannya. Ia bermula dengan tahap Sirriyah, tahap Dzahriyah dan kemudiannya tahap Thalabun Nusrah bagi meraih sokongan dan kekuasaan politik untuk menerapkan Islam.

Tahap 1 : Dakwah Sirriyah

Pada tahap yang awal ini, Nabi saw menyampaikan risalah Islam kepada para sahabat dan kerabatnya. Melalui bantuan kerabat dan sahabat dekat yang telah masuk Islam, Nabi saw mampu mengajak orang-orang lain untuk memeluk Islam. Misalnya, Abu Bakar ra mengajak Utsman bin Affan, Abdurrahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqash dan yang lainnya untuk memeluk Islam.

Sepanjang tahap awal ini, yang berlangsung selama tiga tahun, Islam disampaikan secara individu, serta belum ada pertembungan pemikiran atau ideologi dengan orang-orang musyrik dan kehidupan jahiliyyahnya. Pada masa ini, Nabi saw membina dan mengembangkan nafsiyyah dan aqliyyah para sahabat agar berjalan sesuai dengan Al-Quran serta menanamkan keyakinan yang kuat terhadap akidah Islam. Tanpa keyakinan akidah dan thariqah yang mendalam pada diri individu, seperti yang ada pada para sahabat Rasulullah saw, setiap gerakan yang menyeru kepada perubahan akan cenderung untuk melakukan kompromi dan mengelak daripada mencipta sebarang konflik. Oleh kerana itu, Rasulullah saw sangat mementingkan pembinaan keperibadian Islam yang kuat di kalangan para sahabatnya. Proses mendirikan sebuah negara Islam bukanlah bersifat individu. Rasulullah saw sendiri telah mendirikan parti yang terdiri daripada diri beliau sendiri dan para sahabatnya. Ia merupakan usaha yang bersifat kolektif dan pada peringkat Sirriyah inilah, Rasulullah saw telah membentuk sahabat-sahabatnya menjadi suatu unit yang bersedia untuk menempuh tahap seterusnya.

Tahap 2 : Tahap Dzahriyah ( Interaksi Terbuka)

Firman Allah swt:

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ

الَّذِينَ يَجْعَلُونَ مَعَ اللّهِ إِلـهاً آخَرَ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada ( kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokan (kamu), (yaitu) orang-orang yang menganggap adanya tuhan yang lain di samping Allah; maka mereka kelak akan mengetahui ( akibatnya)” [TMQ Al Hijr(15) : 94-96]

Ayat ini menandakan proses perubahan dakwah Rasulullah saw dari tahap pertama ke tahap kedua. Rasulullah saw memasuki tahap kedua melalui wahyu Allah swt. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa penentuan setiap tahapan dakwah itu bukanlah berbentuk uslub (cara) yang bersifat mubah tetapi ianya adalah hukum perintah yang mesti diikuti. Pada tahap kedua ini, Nabi saw mula secara terbuka mengajak orang-orang Mekah untuk menerima dan menyembah Allah swt semata-mata; agar mereka meninggalkan kehidupan jahiliah dan memeluk Islam. Beliau memilih sejumlah uslub untuk membawa Islam ke arena yang lebih terbuka. Misalnya, beliau pernah mengundang sejumlah kerabat, diantaranya terdapat pemimpin-pemimpin Quraisy untuk menghadiri jamuan makan di rumah beliau. Di dalam majlis itu, Rasulullah saw menyampaikan Islam kepada mereka.

Nabi saw juga telah menampilkan kaum muslim sebagai kelompok tersusun dan bersistem (jama’ah mutakattilah) yang beri’tikad untuk menentang dan mengubah masyarakat dari segi nilai-nilai, adat-tradisinya yang bertentangan dengan ajaran Islam, pemikiran dan perasaannnya, serta sistem pemerintahan dan sistem pengaturan urusan kehidupannya. Perjuangan kolektif itu mampu mencipta pandangan awam tentang dakwah Islam dan hal ini membantu penyebaran Islam ke seluruh Mekah. Orang-orang yang masuk Islam adalah mereka yang mempunyai pemikiran dan hati yang memahami kemurnian, kebijaksanaan dan kebenaran Islam.

Ketika menjalankan tugasnya, Nabi saw, terus menyerang sistem jahiliyyah tanpa melalui jalan kompromi atau penyimpangan. Ketika Quraisy tidak mampu menghentikan dakwah Rasulullah saw dengan pemikiran dan perdebatan, mereka kemudian cuba untuk melakukan kompromi dan tawar menawar. Para pemimpin Quraisy mengirim sejumlah delegasi kepada Nabi saw untuk menawarkan harta, kepimpinan dan kekuasaan. Namun, Nabi saw. menolak segala bentuk kompromi dan terus menyerukan dakwah Islam secara terbuka. Kerana kegagalan tersebutlah menyebabkan pemimpin-pemimpin Quraisy mula melakukan kekerasan untuk menghentikan dakwah Rasulullah saw. Mereka menyeksa dan membunuh kaum muslimin. Mereka juga mengarahkan serangan secara langsung terhadap Nabi saw dengan cara memfitnah, menyebarkan kebohongan dan propaganda untuk menghina beliau, serta usaha untuk membunuh beliau. Namun begitu, usaha-usaha itu juga langsung tidak dapat menghentikan dakwah bahkan kaum muslimin semakin termotivasi. Pada tahap ini, Nabi saw berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh.

Ketika Nabi saw menyedari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan mendokong penerapan hukum Islam di Mekah, beliau mula mencari dokongan dan kekuasaan dari suku selain Quraisy, misalnya Bani Tsaqif, Kindah, Bani Amir bin Sha’sha’ah, Bani Kalb dan Bani Hanifah. Bukti bahawa Rasulullah saw mencari sokongan dan kekuasaan politik daripada bani-bani tersebut dapat dilihat di dalam catatan sirah merujuk kepada kata-kata suku Amir Sha’sha’ah kepada Rasulullah saw, ” Kami harus menyerahkan leher kami pada pedang orang-orang Arab (membahayakan diri dalam peperangan) demi melindungimu, akan tetapi ketika kemenangan diraih, kekuasaan diberikan kepada kamu?” ( Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam).

Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh Rasulullah saw didalam mencari sokongan dan kekuasaan politik tanpa henti-henti sehingga menempuh kejayaan menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah saw ketika itu menginginkan adanya suatu insitusi yang memiliki kekuatan sebagai pelindung dan penyebar untuk menolong agama ini. Fenomena seperti ini menunjukkan bahawa jalan dakwah Islam bukanlah hanya dengan memanifestasikan kesabaran ketika menghadapi gangguan, malah ia juga dimanifestasikan dengan usaha untuk mewujudkan kekuatan yang boleh melindungi umat Islam. Lebih dari itu, semua peristiwa dan huraian di atas merupakan batu asas yang merupakan tapak kukuh bagi tertubuhnya Daulah Islamiyyah. Daulah Islamiyyah inilah yang kelak akan menerapkan Islam di tengah-tengah masyarakat, mengembangkan risalahnya yang bersifat global kepada umat manusia seluruhnya, serta yang memiliki kekuatan yang mampu melindunginya sekaligus menghapuskan segala rintangan fizikal yang menghalang penyebarannya.

Tahap 3 : Menerapkan dan Mengembang Islam

Akhirnya usaha Rasulullah saw berjaya mendapat dokongan dan kekuasaan untuk menegakkan Islam. Rasulullah saw berjaya menarik perhatian rombongan haji dari Madinah sehinggalah terjadi peristiwa Bai’ah Aqabah ke 2 . Bai’ah Aqabah ke 2 merupakan janji setia diantara wakil-wakil penduduk Madinah dengan Rasulullah saw. Semasa bai’ah ini, mereka berjanji akan melindungi dan memberikan dokongan serta kekuasaan kepada Rasulullah saw.

Setelah meneliti perkembangan dakwah di Madinah, Rasulullah saw akhirnya memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Hijrah ke Madinah merupakan momentum perpindahan fasa dakwah dari aktiviti yang bersifat lisan dan penuh kesabaran ke fasa penerapan syariat Islam melalui sebuah institusi negara, yakni Daulah Islamiyyah. Fasa ini menjadikan dakwah Rasulullah saw dilakukan dengan cara yang sangat berbeza iaitu melalui institusi negara. Negara inilah yang memerintah dengan Islam serta menerapkannya secara menyeluruh dan mendakwahkannya dengan hujah dan bukti yang nyata, sekaligus mengembangkannnya dengan kekuatan yang mampu melindungi dakwah dari kekuatan kufur.

KEJAYAAN RASULULLAH SAW

Menjadikan Rasulullah saw sebagai idola bukanlah hanya sekadar mengambil nilai-nilai murni akhlak baginda. Ianya adalah lebih daripada itu. Tujuan sebenar Rasulullah saw diutus dapat difahami melalui hasil perjuangan dakwahnya – tertegaknya sebuah negara dan Islam diterapkan secara sempurna dan menyeluruh( kaffah). Sebagaimana firman Allah swt:

ِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي

وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ

مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah aku cukupkan untuk kamu nikmatku, serta aku redha Islam sebagai agama kamu” [TMQ Al Maidah(5) : 3]

 

Kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah saw sebelum kewafatan baginda adalah menerapkan Islam secara kaffah. Pernyataan bahawa kita menjadikan Rasulullah saw sebagai idola sejati membawa pengertian bahawa kita juga mesti mempunyai matlamat untuk berjuang menerapkan Islam secara kaffah. Islam tidak boleh diterapkan sebahagian demi sebahagian kerana apabila kita menerapkan Islam secara sebahagian, bermakna kita akan menerapkan hukum kufur pada sebahagian yang lain sedangkan menerapkan hukum dengan hukum selain Islam adalah bertentangan dengan apa yang telah Allah tetapkan. Tidak wajar juga sekiranya Islam diambil hanya sekadar contoh dan suri teladan semata-mata atau menjadi tempelan kepada sistem kapitalis dengan berwajahkan berbagai nama yang indah-indah – namun hakikatnya risalah Rasulullah ini masih tidak diterapkan. Allah swt berfirman:

وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الإِنجِيلِ بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فِيهِ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [TMQ Al Maidah (5) a-47]

Wahai kaum muslimin!

Idola kita yang sebenar adalah Nabi Muhammad saw. Baginda tidak ada tolok bandingannya dengan tokoh-tokoh dunia yang lain, artis mahupun bintang sukan. Tidaklah wajar bagi individu muslim menjadikan tokoh-tokoh selain baginda sebagai idola. Para sahabat dan para tab’in telah menjadikan Rasulullah saw sebagai titik rujukan dan idola mereka. Dengan ketaqwaan dan semangat yang mereka ikuti dari idola ini, mereka telah berjaya membawa Islam ke seluruh dunia dan suatu ketika pernah menguasai dua pertiga dunia. Tidak pernah dunia mengecap keadilan, keharmonian dan kerahmatan selain dari waktu ini.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan ( kedatangan) hari kiamat dan ia banyak mengingati Allah” [TMQ Al Ahzab (33) : 21]

Obor perjuangan menegakkan Islam telah dinyalakan, hanya menunggu paluan gendang. Pendayung sudah ditangan mengapa termenung kelu dan membisu. Masa kian suntuk, bukalah minda lihatlah dunia dan kita akan tertanya-tanya…adakah ketenangan dan keharmonian di sekeliling kita ini suatu realiti? Ataukah mungkin hanya fatamorgana? Fikir-fikirkanlah.

Wallahua’lam

25 Nama-Nama Nabi dan Rasul yang Wajib Diketahui dan Kisahnya

25 Nama-Nama Nabi dan Rasul yang Wajib Diketahui dan Kisahnya

25 Nama-Nama Nabi dan Rasul – Salah satu rukun iman yang wajib diyakini adalah iman kepada Rasul/Nabi Allah. Nah, apakah Anda tahu ada berapa Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah? Apakah jumlahnya 25? Perlu diketahui, jumlah Nabi sebenarnya lebih dari 300, namun yang wajib diketahui jumlahnya 25.

Lalu, apakah cukup dengan mengetahuinya saja? Tentu tidak. Iman kepada Rasul/Nabi Allah, artinya adalah, juga harus mempercayai akan kenabiannya serta melaksanakan ajaran-ajaran, serta larangan yang disampaikan olehnya.

Untuk lebih mengimani Rasul/Nabi Allah, berikut ini ulasan tentang 25 nama-nama Nabi yang harus diketahui!


Pengertian Nabi dan Rasul
pengertian nabi dan rasul
www.liputan6.com

Secara umum, Nabi dan Rasul memiliki pengertian:

Nabi

nabi
www.romadecade.org

Kata Nabi berasal dari bahasa Arab, yakni Naba, yang artinya manusia pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu oleh -Nya sebagai pedoman hidup bagi dirinya sendiri, serta tak diwajibkan untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada orang lain.

Rasul

rasul

Sedangkan Rasul berasal dari bahasa arab yakni irsal, yang artinya memberikan arahan serta membimbing. Dengan demikian, Rasul merupakan manusia pilihan Allah yang diberikan wahyu oleh-Nya untuk disampaikan kepada manusia.

Dari pengertian tersebut, bisa diambil kesimpulan, bahwa Nabi tidak diwajibkan mengajarkan wahyunya kepada manusia lain, sedangkan Rasul wajib menyampaikan wahyu kepada manusia lainnya. Lebih dari itu, Asy-Syaukaany dan al-Aluusy berpendapat bahwa Rasul merupakan utusan Allah yang membawa syariat baru, sedangkan Nabi lebih menguatkan serta melanjutkan syariat yang telah ada dari para Rasul tersebut.

Sedangkan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berpendapat bahwa Rasul diutus oleh Alah pada kaum Nabi yang menentang. Dan Nabi sendiri merupakan utusan Allah untuk kaum yang telah tunduk pada syariat dari Rasul sebelumnya. Meski baik tugas Nabi dan Rasul berbeda, namun keduanya sama-sama utusan Allah yang wajib diyakini dengan sepenuh hati.

Sehingga, Anda bisa mengambil kisah-kisah dan pelajarannya, agar menjadi pedoman dalam kehidupan sehari-hari.

Jumlah serta Nama-Nama Nabi dan Rasul

jumlah serta nama nama nabi dan rasul
damainesia.com

Apakah Anda tahu berapa jumlah Nabi-Nabi yang diutus? Sebenarnya, di dalam Al-Qur’an, tidak disebutkan secara jelas ada berapa jumlah Nabi yang diutus oleh Allah. Namun  Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam pernah menyampaikan terkait dengan hal demikian. Hal ini dijelaskan sebagai berikut:

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, bahwasannya ia pernah bertanya pada Rasulullah “Wahai Rasulullah, berapakah jumlah Rasul?” Kemudian Rasulullah pun menjawab “Sekitar tiga ratus belasan orang. Banyak sekali.” (HR. Baihaqi)

Kemudian dalam riwayat lain,  Rasulullah mempertegas jumlahnya, yakni sebanyak 315 Rasul. Hal ini sesuai dengan, bahwasannya Abu Dzar pernah bertanya pada Rasulullah,  “Berapa jumlah persis para Nabi.” Lalu beliau menjawab: “Jumlah para Nabi 124.000 orang, 315 diantara mereka adalah Rasul. Banyak sekali.” (HR. Ahmad)

Lalu mengapa nama-nama Nabi dan Rasul yang harus diketahui hanya 25 saja? Hal ini sesuai dengan firman Allah QS. Al-Ghafir ayat 78, yang artinya “Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, diantara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan diantara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”

Dari Firman Allah tersebut, tentu dapat disimpulkan bahwa, memang terdapat banyak Nabi dan Rasul, namun tak diceritakan semuanya oleh Allah. Meski demikian, di dalam Al- Qur’an tak hanya menyebutkan 25 Nabi saja, misalnya Nabi khidir.

Terlepas dari hal tersebut, Adapun 25 nama-nama Nabi dan Rasul, yang wajib Anda ketahui yakini:

1. Nabi Adam As.

Nabi Adam Alaihissalam merupakan Nabi sekaligus manusia pertama yang Allah ciptakan di bumi, sebagai khalifah. Penciptaan Nabi Adam (dan manusia lainnya) sendiri, dari segumpal tanah, kemudian ditempatkan di Surga oleh Allah. Selain itu, Allah juga menciptakan pasangan Nabi Adam dari tulang rusuk sebelah kirinya, yang bernama Siti Hawa.

Kemudian, pada akhirnya atas kehendak Allah, Nabi Adam beserta Siti Hawa diturunkan ke bumi, untuk ditugaskan memberikan peringatan pada anak cucu Adam agar menyembah hanya kepada Allah SWT.

Adapun keistimewaan dari Nabi Adam Alaihissalam yakni :

  • Merupakan Nabi, manusia, sekaligus  khalifah pertama yang Allah ciptakan di bumi dari segumpal tanah.
  • Terdapat cahaya dari Nabi Muhammad dalam sulbinya. Hal ini sesuai dengan hadits Nabi yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, dimana Rasulullah pernah bersabda “Wahai Rasulullah, bilakah engkau dicatat sebagai seorang Nabi?” Baginda bersabda: “Ketika Adam ‘alaihis salam antara ruh dan jasad.”
  • Adam merupakan makhluk ciptaan Allah yang diberikan anugerah begitu sempurna, yang tak dimiliki oleh makhluk lainnya, yakni berupa ruhul quddus (roh suci).
  • Allah SWT menciptakan Nabi Adam yang dilengkapi dengan rahasia ma’rifat Ketuhanan. Sehingga Nabi Adam memiliki pengetahuan yang tak dimiliki oleh makhluk lainnya, bahkan malaikat.

2. Nabi Idris As.

Nabi Idris, memiliki garis keturunan ke enam dari Nabi Adam secara langsung. Dan Nabi Idris-lah yang menjadi Nabi keturunan pertama dari Nabi Adam. Selain itu, dengan melanjutkan keturunannya, Nabi Idris merupakan kakek dari ayah Nabi Nuh.

Untuk ajarannya, Nabi Idris mengajarkan tentang tauhid, menegakkan agama Allah, serta mengajarkan bagaimana untuk beribadah kepada Allah, dan memberikan pedoman hidup pada para pengikutnya supaya mereka selamat dari siksa baik itu di dunia ataupun di akhirat.

Keistimewaan Nabi Idris yakni :

  • Allah SWT telah memberikan kemahiran, kepandaian, dan kemampuan, yang berupa peralatan, sehingga mampu memudahkan pekerjaan manusia, seperti mengenalkan tulisan, ilmu berhitung, astronomi, dan manusia yang pertama menggunakan pena serta lainnya.
  • Nabi idris adalah manusia pertama yang mampu menjahit serta mengenakan pakaian yang terbuat dari kain.

3. Nabi Nuh As.

Jika membahas tentang Nabi Nuh, maka akan ingat dengan kisah bahteranya. Ya, kisah yang paling terkenal Nabi Nuh ialah tentang bahteranya yang membinasakan sebagian manusia tak beriman, karena tak mau mengikuti bahtera Nabi Nuh ketika terjadi banjir bandang yang melanda seluruh dunia.

4. Nabi Hud As

Nabi Hud merupakan utusan Allah, untuk kaum Ad yakni sebuah wilayah yang terletak tepat diantara Oman seta Yaman. Dimana saat itu, kaum Ad masih membangkang serta menyekutukan Allah, hingga akhirnya kaum Ad diberi oleh azab oleh Allah. Azab tersebut berupa angin topan yang disertai dengan petir dan hujan.

5. Nabi Saleh As

Nabi Saleh Alaihissalam ialah Nabi yang tinggal di  daerah Al-Hijr atau saat ini bernama kota Mada’in Salih. Dimana pada waktu itu, wilayah tersebut masih dalam bentuk pegunungan yang berada di antara Madinah dan Syam (Syiria).

Disamping hal tersebut, karena ajaran Nabi Saleh tak diterima oleh kaum Tsamud, maka diberikan azab oleh Allah seperti azab yang diberikan pada kaum Ad. Selain hal tersebut, salah satu Mu’jizat yang diberikan Allah oleh Nabi Sholeh, yakni seekor unta betina yang lahir dari celah-celah batu.

6. Nabi Ibrahim As.

Nabi Ibrahim, atau “Bapak para Nabi” ini lahir di daerah Ur, yakni daerah yang berada di bagian Irak ketika zaman Raja Namrud bin kan’an. Nah, tugas nabi Ibrahim ini adalah untuk mengajarkan tauhid pada Allah, karena masyarakat disana pada waktu itu masih menyembah berhala.

Salah satu, cara mengajarkan ketauhidan mereka adalah dengan  menghancurkan berhala-berhala, sehingga membuat raja Namrud marah, dan Nabi Ibrahim dibakar. Namun, berkat kekuasaan Allah, Nabi Ibrahim tak terkena kobaran api sedikitpun, dan ia selamat.

Selain itu, perlu diketahui pula, bahwa Nabi Ibrahim-lah yang menjadi Nabi paling penting dalam ajaran rukun iman, yakni selain mengajarkan ketauhidan juga yang mengagas berdirinya Ka’bah, di Makkah. Hal ini sesuai dalam Tarikh Makkah, Al- Azraqi yang berkata

“Setelah peristiwa banjir besar, lokasi Ka’bah dulu telah hilang. Lokasi tersebut berbentuk bukit kecil berwarna merah yang tidak terjangkau oleh aliran air. Saat itu, manusia hanya tahu bahwa di sana ada tempat yang amat bernilai, tanpa mengetahui pasti lokasinya.

Dari seluruh penjuru dunia, mereka yang dizhalimi, menderita, dan butuh perlindungan datang ke tempat ini untuk berdoa, dan doa mereka pun dikabulkan. Manusia pun selalu mengunjunginya hingga Allah memerintahkan Ibrahim untuk membangun Ka’bah kembali.

Sejak Nabi Adam diturunkan ke bumi, Baitullah selalu menjadi tempat yang dimuliakan dan diperbaiki terus oleh setiap agama dan umat dari satu generasi ke generasi lainnya. Tempat itu juga selalu dikunjungi para malaikat sebelum Nabi Adam turun ke bumi.”

7. Nabi Luth As.

Nabi Luth adalah keponakannya Nabi Ibrahim, yang diutus oleh Allah pada kaum Sodom dan Gomorrah yang mempunyai perilaku seks serta hal yang menyimpang lainnya. Hal ini sesuai dengan firman Allah QS. Al- A’raf ayat 80-82, yang artinya:

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu 551 yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan pengikut-pengikutnya) dari kota ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri.” Berkaitan dengan kaum sodom gomorroh, Allah menurunkan Adzab pada kaum tersebut, yang berupa gempa bumi, disertai dengan angin kencang dan hujan batu sijil. Sehingga kota tersebut hancur bersama dengan penghuninya.

8. Nabi Ismail As.

Nabi Ismail ialah putra dari Nabi Ibrahim dari istri yang bernama Siti Hajar. Dimana beliau juga merupakan kakak dari Nabi Ishaq. Salah satu kisah yang paling terkenal adalah, ketika Nabi Ismail akan disembelih oleh Nabi Ibrahim atas perintah Allah dalam mimpinya, yang kemudian ketika proses penyembelihan diganti dengan kambing.

Sehingga, peristiwa tersebut, diperingati sebagai kurban, yang sampai sekarang dilaksanakan oleh umat islam di seluruh dunia.

9. Nabi Ishaq As.

Nabi Ishaq ialah putra kedua dari Nabi Ibrahim serta adik dari Nabi ismail. Nama Ishaq sendiri berasal dari bahasa Yahudi yakni Yis.h.a-q yang berarti artinya tertawa atau tersenyum. Dimana Nabi Isha sendiri, diutus oleh Allah  pada Kana’an, khususnya yang berada di kota Hebron (al-Khalil). Ya, tugasnya adalah, meyakinkan kaumnya untuk menyembah hanya kepada Allah.

10. Nabi Yaqub As

Nabi Yaqub ialah putra dari Nabi Ishaq, sehingga ia adalah cucu dari Nabi Ibrahim. Dimana beliau diutus oleh Allah pada kaum Kana’an juga, namun yang tinggal di Serah Syam (Syiria). Nah, Nabi Yaqub sendiri mempunyai 12 putra yang salahnya adalah Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampananya.

Selain itu, Nabi Ya’qub sendiri, wafat di Mesir, kemudian dimakamkan di Palestina, yakni tepatnya di Gua al-Makfilah, kota Hebron (al-Khalil). Perlu diketahui pula, bahwa sebelum Nabi Ya’qub meninggal, ia berwasiat pada putra-putranya.

Hal ini termaksud dalam QS Al- Baqarah ayat 133 yang artinya “Apakah kalian menjadi saksi saat maut akan menjemput Ya’qub, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kalian sembah sepeninggalanku?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Rabbmu dan Rabb nenek moyangmu, yaitu Ibrahim, Ismail, dan Ishaq, (yaitu) Rabb Yang Maha Esa, dan kami (hanya) berserah diri kepada-Nya.”

11. Nabi Yusuf As

Ya, Nabi Yusuf merupakan putra dari Nabi Ya’qub, dimana beliau lahir di negeri Kan’an, Nah, perlu diketahui, dari 12 saudara tersebut, Nabi Yusuf hanya memiliki 1 saudara kandung saja, yakni Banyumin. Sedangkan 10 saudaranya lainnya, merupakan saudara dari ibu yang berbeda.

Kisah Nabi Yusuf yang paling terkenal adalah, ketika beliau dibuang ke sumur oleh 10 saudaranya, karena memang Nabi Ya’qub memberikan kasih sayang yang lebih pada Nabi Yusuf. Berkat pertolongan Allah, Nabi Yusuf selamat dari Sumur, kemudian dibawa ke Mesir. Dan di Mesir-lah ia menjadi orang yang sukses, yakni menjadi seorang raja yang memiliki julukan Al- Aziz, artinya Raja Qithfir.

12. Nabi Ayyub As.

Berkisah tentang Nabi Ayyub, ia merupakan sosok seorang yang paling sabar ketika menghadapi ujian. Bagaimana tidak, ketika penyakit kulit yang dideritanya membuat harta, anak, bahkan istrinya meninggalkannya, ia tetap menyembah Allah dan tak sedikit pun mengeluh pada Allah.

Disamping hal tersebut, Nabi Ayyub sendiri merupakan utusan Allah pada Kaum bani Israil serta Amoria di daerah Haran, Syam. Selain itu, selama hidupnya Nabi Ayyub juga dikaruniai 26 anak.

13. Nabi Syu’aib As.

Nabi Syu’aib ialah satu diantara Nabi, yang berasal asli dari bangsa Arab. Dimana nama Syu’aib sendiri diambil dari bahasa arab, yang artinya jalan kebenaran. Nah, Nabi Syu’aib ini merupakan utusan Allah pada kaum Madyan. yang hidup di bagian Barat Laut Hijaz, atau tepatnya di daerah Al- Bada’.

Dimana kaum Madyan sendiri adalah orang-orang yang pandai dalam biang perdagangan serta bercocok tanam. Namun, kaum tersebut sangat licik dan suka menipu ketika bertransaksi. Sehingga, kemudian Allah menurunkan adzab untuk kaum Madyan, yang berupa angin panas, sehingga membuat kulit terbakar dan dahaga yang amat dalam.

Tak hanya itu saja, Allah juga mendatangkan awan hitam, gempa bumi, serta petir yang menghancurkan seluruh Kota Madyan.

14. Nabi Musa As.

Dengan memiliki julukan (اللهكليم)  kalamullah yang artinya adalah manusia yang diajak Allah untuk bicara. Selain itu, Nabi Musa juga merupakan saudara Nabi Harun, yang dilahirkan di Mesir ketika masa pemerintahan Raja Fir’aun. Nah, salah satu kisah yang paling terkenal adalah, ketika tongkat Nabi Musa mampu membelah lautan ketika dikejar oleh Raja Fir’aun.

15. Nabi Harun As.

Nabi harun ialah kakak dari Nabi Musa Alaihissalam, yang dilahirkan ke bumi untuk memimpin Bani Israil. Dimana ia hidup selama 123 tahun, dan wafat  pada tahun 1408 SM di Bukit nabu’ di Jordania. Nah, kisah Nabi Harun ini memang tak pernah lepas dari Nabi Musa, sebab keduanya memang melakukan dakwah secara bersama-sama.

16. Nabi Zulkifli As.

Mempunyai nama asli Basyar, Nabi Zulkifli ialah putra dari Nabi Ayyub, yang selamat dari reruntuhan rumah Nabi Ayyub. Padahal, seluruh putra Nabi Ayyub wafat, kecuali Nabi Sulkifli. Untuk tugasnya sendiri, Nabi Zulkifli diutus untuk kaum Rom dari Bangsa Amori serta Arami yang hidup di Syiria dan Jordania.

17. Nabi Daud As.

Nabi Daud, adalah ayah dari Nabi Sulaiman, yang mendapatkan mukjizat berupa kitab Zabur. Bahkan, beliau juga mendapat mukjizat lainnya, yakni dapat mengerti bahasa burung, melembutkan besi dengan tangan kosong, serta memiliki kecerdasan akal.

Perlu diketahui pula, bahwa Nabi Daud merupakan pendiri dari Baitul Muqqadis yang saat ini dikenal sebagai Masjid Al- Aqsa. Kemudian pada tahap penyelesaiannya. Pembangunan tersebut dilanjutkan oleh putranya, yakni Nabi Sulaiman. Dan Nabi Daud pun wafat ketika usia 100 tahun, serta dimakamkan di Baitul Maqdis di Yerusalem.

18. Nabi Sulaiman As.

Ya, Nabi Sulaiman adalah putra dari Nabi Daud yang melanjutkan pembangunan Baitul Muqqadis. Beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman yakni:

  • Nabi Sulaiman merupakan seseorang yang bijaksana, meski usianya masih remaja
  • Bisa berbicara dengan hewan
  • Mampu menundukkan jin serta angin, bahkan mau menuruti berbagai perintahnya.

19. Nabi Ilyas As.

Nabi Ilyas diutus oleh Allah, pada kaum finisia serta Bani Israil. Hal ini sesuai dengan firman Allah QS ash-Shaffat ayat 123-132 yang artinya: “Dan sesungguhnya Ilyas termasuk salah seorang dari Rasul-Rasul. (Ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya: ‘Mengapa kamu tidak bertakwa?

Pantaskah kamu menyembah Ba’l dan kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta, yaitu Allah Tuhanmu dan Tuhan bapak-bapakmu yang terdahulu?’ Maka mereka mendustakannya, karena itu mereka akan diseret (ke neraka), kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa).

Dan Kami abadikan untuk Ilyas (pujian yang baik) di halangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu) kesejahteraan dilimpahkan atas Ilyas? Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.”

20. Nabi Ilyasa As.

Nabi Ilyasa yakni masih keturunan dengan Nabi Yusuf, yang merupakan keturunan keempat. Dimana Nabi Ilyas diutus oleh Allah pada kaum Bani Israil dan Arami supaya mereka mau kembali ke jalan yang benar, yakni di jalan Allah SWT.

21. Nabi Yunus As

Ingat kisah Nabi Yunus yang masuk perut ikan hiu? Ya, kisah dari Nabi Yunus yang paling terkenal adalah ketika beliau masuk ke perut ikan paus selama 40 hari. Selain itu, tugas Nabi Yunus sendiri adalah, untuk mengajarkan ketauhidan pada kaum Asyria agar menyembah Allah.

22. Nabi Zakaria As.

Nabi Zakaria ialah utusan Allah pada kaum Bani Israil di Palestina, agar meninggalkan kemaksiatan, kemungkaran, kezhaliman,  serta menimbulkan kerusakan di muka bumi. Nah, salah satu kisah yang paling terkenal dari Nabi Zakaria ialah saat beliau berdo’a supaya diberikan keturunan, maka Allah kemudian mengabulkannya sesuai dengan QS Maryam ayat 4-6 yang artinya:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebagian keluarga Yakub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diridhai.”

23. Nabi Yahya As.

Sesuai dengan firman Allah pada poin ke 22 tentang Nabi Zakaria, kelahiran Nabi Yahya telah dikabarkan oleh Malaikat Jibril pada Nabi sesuai dengan surah Al- Qur’an di atas. Namun, beliau wafat ketika usianya masih muda, yakni usia 32 tahun. Dimana beliau dibunuh di Damaskus atas perintah Raja Herodes yang kala itu menguasai kaum Bani Israil.

24. Nabi Isa As.

Nabi Isa diutus oleh Allah di tengah-tengah masyarakat yang memiliki sifat materialistik, serta mengingkari ruh dan hari kebangkitan. Dimana mereka itu termasuk golongan orang-orang yang sesat oleh falsafah dasarnya yang menyatakan bahwa penciptaan alam ini mempunyai sumber pertama, seperti sebab dari akibat.

Sesuai dengan berfirman Allah, yang artinya “Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putra Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya.

Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: “”(Tuhan itu) tiga””, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara.” (An-Nisa, ayat 171)

25. Nabi Muhammad Sholallahu Alaihi wasalam

Nabi Muhammad ialah Nabi terakhir dan penutup para Nabi yang jumlahnya sangat banyak. Sehingga dipastikan setelah Nabi Muhammad tidak ada Nabi lainnya. Dan salah satu mukjizat Nabi Muhammad yang paling penting bagi umat islam adalah Al- Qur’an, yang menjadi pedoman hidup.

Dari kisah nama-nama Nabi tersebut, tentunya dapat diambil pelajaran, bahwa kita hidup di dunia harus bercermin dari utusan-utusan Allah.

Doa Mula Kerja – Memohon Rezeki Yang Baik

  Mencari rezeki dengan bekerja adalah merupakan satu ibadah sekiranya diniatkan kerana Allah SWT untuk mengharapkan redhaNya.  Untuk bakal ...