PERINTAH berpuasa Kawalan Pergerakan (PKP) kini memasuki minggu pertama Fasa dapat dilihat masyarakat semakin biasa dengan normal baru dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
Tambahan pula, tidak sampai seminggu lagi, umat
Islam InsyaAllah akan mula melaksanakan rukun Islam ketiga, berpuasa di bulan
Ramadan Kareem pada hari Jumaat ini yang masih dalam tempoh PKP.
Sudah pasti ketika ini ada yang bertuah berada
bersama keluarga di rumah dengan baik tetapi sebahagiannya juga ada yang
terpisah jauh daripada ahli keluarga atas pelbagai faktor.
Lebih-lebih lagi buat mereka yang terpaksa
berjauhan dengan kedua ibu bapa yang tinggal di kampung bersendirian amatlah
memerlukan perhatian berterusan.
ika sebelum PKP boleh menziarahi mereka mengikut tempoh dan
kekerapan tertentu, namun kini seharusnya diusahakan sekurang-kurangnya
bertanya khabar melalui telefon dan mendapatkan bantuan daripada mereka yang
terdekat.
Ini kerana, Allah S.W.T berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 36
yang bermaksud;
“Dan
hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan
sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan
kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga
yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir
yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”
Maka penting untuk kita saling bantu membantu bagi memastikan
hubungan silaturahim terus berkekalan lebih-lebih lagi melibatkan kedua ibu
bapa dan saudara terdekat.
Allah S.W.T memerintahkan dalam banyak ayat al-Quran agar semua
kita sebagai hamba-Nya untuk berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa
serta mentaatinya selagi mana tidak melanggar syarak.
Dan turut diperjelas Hadis Nabi daripada Abdullah bin Mas’ud,
beliau berkata yang bermaksud;
“Aku
bertanya kepada Rasulullah S.A.W berkenaan amalan apakah yang paling afdhal,
lalu Baginda menjawab: “Solat pada waktunya.” Kemudian aku bertanya lagi,
apakah amalan yang seterusnya? Jawab Baginda: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.”
Kemudian aku bertanya, apakah lagi seterusnya? Jawab Baginda: “Berjihad di
jalan Allah.”
(Riwayat al-Bukhari)
Ianya menunjukkan bahawa amalan tersebut sangat dicintai Allah
S.W.T dan oleh sebab itu juga disarankan setiap rezeki yang diperolehi,
sebahagian utamanya dikongsikan bersama ibu bapa, isteri, anak-anak dan adik
beradik.
Bagi mereka yang telah ketiadaan ibu bapa di dunia ini,
perbanyakkan doa, bersedekah bagi pihak keduanya serta turut memuliakan
sahabat-sahabat ketika mereka hidup agar amal kebaikan berterusan.
Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi’ah As-Sa’idi R.A berkata;
“Ketika
kami sedang bersama Rasulullah S.A.W, tiba-tiba ada seorang lelaki daripada
Bani Salamah datang kepada Baginda S.A.W. Lelaki tersebut bertanya: “Wahai
Rasulullah, apakah masih ada ruang untuk aku berbuat baik kepada kedua orang
tuaku setelah mereka meninggal?” Baginda menjawab: “Ya, mendoakan dan memintakan
keampunan untuk kedua-duanya, melaksanakan wasiatnya, menyambung jalinan
silaturahim mereka dan memuliakan teman mereka.”
(Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, Ahmad)
Dianjurkan juga untuk kita mendoakan kerahmatan dan
kesejahteraan buat kedua ibu bapa sebagaimana Firman Allah S.W.T yang
bermaksud;
“Wahai Tuhanku!
Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan
kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Surah
al-Isra’: 24)
Marilah sama-sama kita bermusahabah serta menilai sendiri
sejauhmana kecaknaan kita kepada saudara mara kita khususnya adik beradik dan
salasilah keluarga terdekat.
Menjelang tiba Ramadan pada tahun ini dalam suasana berbeza
barangkali setiap daripada kita, bolehlah kita saling berpesan mengenai
kebaikan sebagai tanda kasih sayang.
Mudah-mudahan Ramadan hadir tidak disia-siakan namun sebaliknya
dapat dimanfaatkan agar sama-sama kita menelusuri jalan lurus menuju ke syurga Allah
S.W.T.